Selangor boleh senyum

Oleh Hasnizam Uzir 18 March 2021 2161
Selangor boleh senyum
Kegagalan Johor DT mencipta kemenangan di laman sendiri sudah pasti akan memberi sedikit ruang pada pasukan-pasukan di bawahnya untuk mengekori rapat dalam memburu kejuaraan liga musim ini. Walaupun mempunyai dua peluang keemasan yang dimiliki Johor DT melalui sepakan penalti yang dijelmakan pemain muda Johor DT, Arif Aiman Hanapi, namun ia gagal disempurkan oleh Gonzalo Cabrera dan Bergson da Silva. Sepakan mereka itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Khalid. 

Kecemerlangan persembahan Khairulazhan di Stadium Sultan Ibrahim itu telah menyelamatkan Selangor FC dari kekalahan dan keputusan seri itu sudah pasti melegakan jurulatih Selangor, Karsten Neitzel. Apa yang menarik perhatian penulis bagaimana persembahan taktikal dan strategi Selangor FC yang diterapkan Neitzel itu begitu serasi dengan pemain-pemain Selangor FC. Lihat sahaja falsafah bola sepak yang diterapkan Neitzel itu berjaya mengimbangi kekuatan Johor DT terutama dibahagian miedfield Selangor FC. Gandingan Branden Gan dan Oliver Buff banyak membantu gerakkan yang kemas dan tersusun sehingga memberi tekanan pertahanan Johor DT.

Ini dibuktikan ketika Selangor FC berjaya mendahului Johor DT pada awal-awal permainan. Dimana kita dapat melihat kombinasi dan persefahaman yang baik ditonjolkan oleh Oliver Buff,Branden Gan dan Ifedayo dengan bentuk formasi yang kemas selain kedudukan pemain-pemain Selangor FC yang sentiasa berada pada posisi yang tepat baik ketika menyerang atau pun bertahan. Ini memudahkan mereka untuk bekerjasama dalam setiap gerakan yang dilakukan.

Sekiranya Selangor FC berjaya menggekalkan rentak permainan yang konsisten pada setiap perlawanan tidak mustahil Selangor FC boleh mengikut jejak juara bertahan 7 kali berturut-turut Liga Super (Johor DT) untuk menggegarkan pentas Asia terutama dalam Piala Juara-juara Asia. Itulah harapan penyokong-penyokong Selangor FC sebenarnya dimana mereka ingin melihat Selangor FC terus bangkit mencipta nama diperingkat Asia sebagaimana sejarah pernah membuktikan suatu ketika dahulu dan pada ketika ini juga membuatkan pemain-pemain Selangor FC boleh tersenyum dengan pretasi diri mereka sendiri.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen