PSM perlu prihatin jadual STL

Oleh Azizan Hashim 15 October 2019 3888
PSM perlu prihatin jadual STL

Penganjur Liga Sepak Takraw (STL) perlu lebih prihatin ketika membuat jadual perlawanan agar tidak menyusahkan pasukan-pasukan yang bertanding.

Ini kerana terdapat keadaan di mana sesebuah pasukan hanya beraksi dalam satu perlawanan sahaja untuk minggu tertentu.

Manakala dalam minggu tertentu mereka mengalami jadual padat kena bermain tiga perlawanan dalam tempoh tiga hari.

Hampir semua pasukan akan melalui keadaan sama iaitu beraksi hanya satu perlawanan untuk minggu tertentu atau tiga perlawanan penuh.

Keadaan ini sudah tentu merugikan pasukan terbabit kerana hanya turun beraksi dalam satu perlawanan selepas membuat perjalanan jauh.

Berdasarkan jadual minggu keenam, Perak Bison hanya turun satu perlawanan sahaja di Gem In Mall, Cyberjaya, hujung minggu ini.

Manakala Sabah Mountaineers hanya akan turun dalam satu perlawanan dalam kempen minggu ketujuh yabg akan diadakan di Ipoh pada 25 - 27 Oktober ini.

Sabah bagaimanapun akan bermain tiga perlawanan di minggu kelapan seminggu selepas itu juga di Ipoh

Mujur bagi Bison perlawanan minggu ini diadakan di Cyberjaya yang agak berdekatan dengan Ipoh.

Bayangkan jika perlawanan diadakan mengikut jadual asal iaitu di Kota Bharu selama dua minggu berturut-turut.

Manakala Sabah mungkin akan menetap di Ipoh untuk msnghadapi kempen minggu ketujuh dan kelapan ini.

Tanpa berniat menuding jari atau mencari kesalahan sesiapa artikel ini bertujuan membuka mata  pihak bertanggungjawab mencari mekasnima terbaik agar dapat menyediakan  jadual perlawanan seimbang dan tidak menjejas mental dan fizikal pemain agar kerancakkan dan kemeriahan STL 2020 tidak terjejas.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen