Perak perlu menang

Oleh Hasnizam Uzir 16 April 2021 2178
Perak perlu menang

Kedudukkan tangga ke 8 carta Liga Super ketika ini sudah pasti akan mengundang rasa gelisah di kalangan peminat-peminat Perak FC tentang prestasi pasukan kesayangan mereka itu.

Ini juga akan memberi tekanan kepada pengendali Perak, Chong Yee Fatt untuk memastikan Perak kembali berada pada prestasi terbaiknya. Bukan satu tugas yang mudah kepada Yee Fatt untuk menggembalikan keyakinan anak-anak didiknya supaya terus fokus dalam mengharungi setiap perlawanan. Ketika inilah setiap pemain Perak perlu bekerjasama dan membantu Yee Fatt keluar dari situasi getir itu.

Berhadapan dengan Kedah Darul Aman FC malam esok di laman sendiri ia merupakan peluang terbaik untuk Perak bangkit dan buktikan kepada peminat-peminat mereka yang pasukan Perak kini bertambah baik dari segi prestasinya. Walaupun rekod kemenangan di laman sendiri pada musim ini agak kurang baik namun ia tidak akan mengganggu emosi pemain-pemain Perak. Apa yang penting ketika ini pemain-pemain Perak perlu bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan terutama untuk memperkukuhkan kekuatan Perak.

Yee Fatt perlu memperkemaskan tatikal bertahan secara berpasukan Perak kerana itulah punca utama kekalahan Perak sebelum-sebelum ini. Sementara pemain-pemain Perak juga perlu meningkatkan konsentrasi diri supaya tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang boleh menguntungkan lawan. Mereka juga perlu banyak berkumunikasi antara satu sama lain terutama pemain-pemain import Perak. Sekiranya komunikasi mereka tidak dapat diperbaiki dengan pemain-pemain tempatan ia pasti akan memberi masalah pada Perak.

Ini kerana lawan mereka pada hari esok juga  inginkan kemenangan sudah tentulah Kedah tidak mahu dikecewakan lagi agar jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim tidak terlalu jauh. Dengan itu pemain-pemain Perak perlu mengunakan segala peluang yang dimiliki untuk mencipta kemenangan terutama dengan kehadiran penyokong-penyokong setia The Boss Gaurus. Melalui kemenangan sahaja dapat meningkatkan kembali keyakinan pemain-pemain Perak selain penyokong-penyokong The Boss Gaurus.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen