Penang FC jadi tumpuan

Oleh Hasnizam Uzir 29 March 2021 9278
Penang FC jadi tumpuan
Selepas mencipta kejayaan musim lalu sebagai juara Liga Perdana, Penang FC tidak menoleh ke belakang sebaliknya terus mempersiapkan pasukan untuk menghadapai saingan yang lebih mencabar di Liga Super musim ini.

Dengan membawa Tomas Trucha jurulatih import dari Republik Czech itu telah membawa satu perubahan yang besar dari segi corak permainan Harimau Kumbang musim ini. Di bantu pula oleh jurulatih yang berpengalaman luas di arena bola sepak Malaysia seperti Manzoor Azwira Abd Wahid yang juga merupakan jurulatih yang membawa kejayaan Pulau Pinang musim lalu.

Dengan pengalaman Manzoor Azwira itu ia telah berjaya membantu Trucha untuk lebih memahami corak latihan dan permainan yang sesuai untuk diadaptasikan di atas padang untuk mewujudkan satu falsafah bola sepak yang baru untuk Pulau Pinang. Ini telah dibuktikan pemain-pemain Harimau Kumbang itu, dimana mereka berjaya membawa satu perubahan yang begitu ketara dari segi corak permainan dengan falsafah bola sepak yang diinginkan Malaysia iaitu bermain secara hantaran pendek,serangan secara berperingkat-peringkat dan dengan gerakan kesegeraan baik ketika menyerang atau bertahan.

Ini telah dibuktikan oleh Pulau Pinang dalam 5 perlawanan Liga Super sebelum ini. Dimana corak permainan dan falsafah bola sepak yang ditampilkan Harimau Kumbang sungguh berbeza dan itu telah mengejutkan ramai peminat-peminat bola sepak tanah air. Dengan corak permainan yang agresif dan kesegeraan dari segi pergerakan pemain-pemain Harimau Kumbang telah berjaya memberi saingan pada pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman seperti Kedah,Johor DT,Kuala Lumpur dan Selangor. Paling mengejutkan bila Harimau Kumbang berjaya mengejutkan Selangor yang merupakan sebuah pasukan yang dikategorikan sebuah pasukan yang hebat dan mantap.

Inilah masanya untuk Pulau Pinang buktikan kepada penyokong-penyokong mereka dan peminat-peminat bola sepak tanah air bahawa Harimau Kumbang bukan sebuah pasukan belasahan lagi sebaliknya sebuah pasukan yang akan memberi saingan pada pasukan-pasukan lain yang bersaing dalam Liga Super musim ini. Bagi penyokong Harimau Kumbang pula ambillah kesempatan setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada penyokong-penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan pada pasukan Pulau Pinang. Dengan sorakan dan kehadiran penyokong setia Harimau Kumbang itu pasti akan meningkatkan semangat pasukan kejurulatihan dan pemain Pulau Pinang.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen