Nak menang Ballon d'Or? Mane kena sertai Los Blancos

Oleh Burn Thevandran 10 April 2020 100
Nak menang Ballon d'Or? Mane kena sertai Los Blancos
Penyerang Liverpool, Sadio Mane, menduduki tangga keempat anugerah Ballon d'Or pada tahun 2019. 
Ia merupakan satu pencapaian hebat buat pemain dari benua Afrika.


Namun, menduduki tangga keempat bukanlah sesuatu yang diinginkan memandangkan Mane mampu meraih gelaran tersebut di tangga pertama andai beraksi dengan cemerlang dan bersama dengan pasukan yang betul.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan bekas pemain kebangsaan Senegal, Diomansy Kamara, Mane dan Liverpool memang sedang berada di tahap yang begitu memuaskan, namun beliau menegaskan penghijrahan perlu dilakukan jika Mane mahu mengulangi sejarah yang dilakukan pemain dari Afrika, George Weah, yang memenangi Ballon d'Or pada 1995.

Kamara menegaskan kualiti yang dimiliki Mane menyaksikan beliau tidak berada jauh dari podium dan The Reds memang pasukan yang hebat, tetapi bukan yang terbaik. 



Kamara, yang berkelana di England hampir tujuh tahun, berasakan Real Madrid merupakan pasukan paling tepat buat Sadio Mane. 

Baru berusia 27 tahun dan sedang diintai banyak kelab-kelab besar,  Kamara berkata Los Blancos merupakan kelab terbaik buat Mane untuk meningkatkan kualiti dirinya. Corak dan gaya permainan Mane amat sesuai dengan gaya permainan pasukan Real Madrid. 

Secara berseloroh, Kamara menegaskan andai beliau merupakan ejen kepada Mane, sudah lama Mane  berkelana di Santiago Bernabeu.

Sadio Mane yang menyertai Liverpool pada 2016 telah melakukan 118 penampilan bersama The Reds dengan meledakkan 59 gol. 

Prestasi cemerlangnya bergandingan bersama Mohamad Salah dan Roberto Firmino menyaksikan Liverpool berjaya menjulang kejuaraan Liga Juara Juara Eropah musim lalu, selain bakal menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga andai The Reds dinobatkan juara pada musim ini.

Penulis kurang pasti sama ada pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mahukan Mane atau tidak untuk saingan musim hadapan, tetapi andai ia menjadi kenyataan, Liverpool perlu segera mencari pengganti memandangkan peranan Mane amatlah penting buat The Reds. 

Beberapa pemain tonggak seperti Henderson dan James Milner juga semakin dimamah usia.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen