Masa Perak mengubat luka

Oleh Hasnizam Uzir 7 April 2021 2339
Masa Perak mengubat luka

Tewas di tangan Penang FC hujung minggu lalu pasti akan memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain Perak FC memandangkan ketika ini Perak FC menduduki tangga kesembilan carta Liga Super.

Sudah tentulah ia memberi sedikit keresahan di kalangan penyokong-penyokong Perak terhadap prestasi skuad The Boss Gaurus. Begitu juga dengan Chong Yee Fatt  -- ketua jurulatih Perak FC yang masih lagi mencari ramuan terbaik untuk meningkatkan prestasi pemain-pemainnya.

Pertemuan dengan UITM FC malam ini adalah merupakan medan terbaik Yee Fatt mengembalikan keyakinan pemain-pemainnya untuk terus beraksi dengan cemerlang. Walaupun di selaputi kontroversi isu gaji namun ia pasti tidak akan menjejaskan persembahan pemain-pemain Perak FC kerana mereka bersikap professional.

Inilah masanya untuk Perak FC mengubat luka itu dengan hadiah kemenangan sekiranya berjaya menewaskan UITM FC. Berdasarkan kedudukan terkini carta Liga Super itu ia menunjukan bukan tugas sukar pada Perak FC untuk mengutip 3 mata kerana UITM FC kini berada kedudukan terbawah liga.


 

UP NEXT! PERAK FC LWN UITM FC. DAH BOLEH MASUK STADIUM MENGKOME! 📣📣 Pertembungan malam esok di antara Perak menentang...

Posted by Perak FC on Tuesday, April 6, 2021
 

 

Apa yang lebih penting ketika ini pemain-pemain Perak FC perlu fokus dan bekerjasama dalam memburu kemenangan untuk mencari tiga mata yang amat penting kerana ketika ini titik permulaan untuk mereka bangkit.

Dalam situasi yang amat genting ini pemain-pemain Perak FC perlu bekerjasama dan bermain secara berpasukan untuk memastikan matlamat mereka untuk bermain dengan baik dan mengikut percaturan yang di rancang jurulatih tercapai.

Tidak mustahil untuk mencipta kemenangan di tempat lawan sekiranya pemain-pemain Perak FC menggekalkan keharmonian dalam pasukan.

Dengan kualiti dan pengalaman pemain-pemain Perak FC sudah tentu ia boleh melakukannya kerana mereka bijak dalam mengawal emosi dan tahu apa yang sepatutnya mereka lalukan di atas padang. Kemenangan ke atas UITM FC itu adalah penentu hala tuju The Boss Gaurus dalam musim ini.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen