Kini giliran pasukan abang

Oleh Burn Thevandran 22 August 2019 2428
Kini giliran pasukan abang
Selepas prestasi cemerlang dipamer oleh skuad B-15 dan B018 negara baru baru ini, kini giliran pasukan senior yang dibarisi 'abang-abang' pula berkumpul untuk latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, memanggil 27 pemain yang akan bersama-sama menjalani latihan pada Ahad ini. 

Senarai pemain dilihat sedikit berbeza sewaktu latihan pusat terdahulu, di mana Cheng Hoe menyenaraikan sembilan pemain yang tidak dipanggil sewaktu latihan pusat terakhir. Antaranya adalah empat pemain Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Brendan Gan, J. Partiban dan  Nazirul Naim Che Hashim. Dua pemain Felda United, Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham, turut dipanggil selain Syahmi Safari, Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew manakala lima lagi pemain iaitu Khairulazhan Khalid, Syazwan Andik, Amirul Azhan Aznan, Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin berada dalam senarai bersedia untuk dipanggil bila-bila masa andai ada pemain yang tercedera dan secara tidak langsung, pemain yang digugurkan adalah Faisal Abd Halim, Syazwan Zainol, Kenny Pal Raj dan Zaif Irfan Hashimuddin.

Latihan pusat ini adalah sebagai persiapan menjelang perlawanan persahabatan berdepan Jordan 30 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, selain persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Jakarta. 

Malaysia diletakkan bersama UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia dimana Harimau Malaya akan beraksi menentang Indonesia pada perlawanan pertama di Stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia kini berada di ranking ke-159 berdasarkan FIFA dan kita sedang berusaha menambah baik kedudukan menerusi perlawanan antarabangsa kelas A dan juga mengutip mata dalam setiap pertandingan yang disertai. Dengan momentum yang baik diperolehi dari kejayaan adik-adik dari skuad bawah 18 dan bawah 15, tidak mustahil andai kejayaan mampu dicapai oleh abang-abang yang berada di skuad senior.

Semoga Berjaya Harimau Malaya!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen