Kedudukan Liverpool terancam?

Oleh Hasnizam Uzir 18 March 2020 7865
Kedudukan Liverpool terancam?
Ketika peminat-peminat Liverpool menghitung hari untuk meraikan kejuaraan saingan Liga Perdana musim 2019-2020 selepas 30 tahun menanti, namun ia kini menjadi tanda tanya setelah Persatuan Bolasepak England (FA) menangguhkan semua perlawanan Liga Perdana serta merta disebabkan penularan virus covid19 sehingga 3 April 2020. 

Dengan masalah convid19 ini yang semakin sukar dibendung diseluruh dunia pihak pengurusan tertinggi liga terpaksa memanggil 20 kelab dalam saingan Liga Perdana untuk mengadakan musyuarat tergempar bagi membincangkan hala tuju musim 2019-2020 ini. Musyuarat ini juga dikatakan akan membuat satu ketetapan dan keputusan daripada semua kelab tentang baki perlawanan dan saingan liga musim 2019-2020 ini. 

Dengan memanggil musyuarat tergempar ini juga menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi dikalangan peminat-peminat bola sepak di England. Adakah jadual perlawanan seterusnya akan diteruskan atau ada keputusan yang memihak kepada Liverpool atau ada keputusan yang tidak memihak kepada Liverpool.Ini yang membimbangkan peminat-peminat Liverpool, adakah keputusan yang akan dibuat pihak pengurusan liga akan memihak kepada kelab kesayangan mereka itu?. 

Sudah kedengaran juga dikalangan peminat-peminat bola sepak dunia yang pihak pengurusan liga akan mengadakan undian dari 20 kelab yang bertanding untuk meneruskan liga musim ini atau membatalkannya dan tidak mengiktiraf segala keputusan perlawanan musim ini.

Spekulasi ini juga dibincangkan oleh media-media utama di England seperti Sky Sports News yang mengadakan undian secara terbuka di tweter, diantara usul yang diangkat seperti a) null and void b) LFC’s title/no relegation c) current table is final. Daripada 319,937 ribu pengundi, 52.3% dari jumlah pengundi telah memilih A. 

Inilah yang menjadi pedebatan dikalangan peminat. Ini sebenarnya menguji sejauh mana kebijaksanaan pengurusan liga, apakah keputusan yang perlu diambil untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan supaya tidak menyinggung perasaan semua pemegang taruh. Inilah kemelut yang dihadapi oleh pengurusan liga kerana apa yang berlaku ini tiada dalam perancangan mereka. 

Ini juga satu pengajaran yang berguna kepada pengurusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memandangkan apa yang berlaku ini tiada dalam perancangan mereka ,sudah pastilah pihak MFL perlu memikirkan kaedah terbaik sekiranya masalah covid19 ini tidak dapat dihentikan dalam masa terdekat. 

Antaranya bagaimana MFL ingin memastikan hak-hak penaja liga dan penaja-penaja pasukan untuk musim 2020 ini dapat dijaga.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen