JM 2017: Bayar ansuran boleh tak?

Oleh Bazly Azmi 22 May 2020 180
JM 2017: Bayar ansuran boleh tak?
Geram bercampur sedih apabila mengetahui penganjur basikal lebuh raya bergelut untuk membayar wang hadiah kemenangan kepada pelumba tempatan dan luar negara.

Selepas penganjur Tour de Iskandar berusaha menggadai tanah, Le Tour de Langkawi (LTDL) terlepas tarikh akhir pembayaran ekoran bank tutup - kini Jelajah Malaysia 2017 pula.

Penganjur JM2017 mendakwa mereka sudah memulakan proses membayar secara ansuran kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebanyak RM3,700 sebulan.

Ansuran?

Benar, ansuran.

Pelik tetapi itulah realiti perlumbaan basikal lebuh raya di Malaysia.

Sepanjang bergelar wartawan sukan, inilah kali pertama saya mendengar penganjur membayar wang hadiah kemenangan secara ansuran tidak kira dalam apa jenis sukan sekalipun.

Terbayang wajah Mohd Harrif Salleh, Muhammad Zawawi Azman, Sofian Nabil Omar kepenatan selepas tamat berlumba.

Muka, tangan hingga ke siku, kaki mereka abis 'terbakar' dek panas sinaran mentari.

Nafas tercungap-cungap, tersadai minta nyawa minta air selepas berkayuh sejauh 200-300km.

Apabila wang hadiah kemenangan tidak dibayar, kepada siapa mereka boleh mengadu?

Pasukan sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menghubungi penganjur yang mungkin sudah meninggalkan syarikat sebaik perlumbaan tamat.

Mungkin sudah tiba masanya pelumba mewujudkan persatuan sendiri. 

Sekurang-kurangnya ada tempat mengadu. 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen