Jejaka berdarah Australia-Malaysia mula curi perhatian!

Oleh Nur Amira Ibrahim 24 March 2019 5934
Jejaka berdarah Australia-Malaysia mula curi perhatian!
Russel Alexander Nasir Taib. Sekali sebut namanya, hanya raut wajah atlet “mat salleh” terlintas di fikiran saya. Rupa-rupanya dia merupakan seorang pelari pecut negara yang berdarah campuran Australia-Malaysia. 

Mana tidaknya, selama ini kita hanya dibayangi oleh pelari pecut yang biasa kita dengar seperti Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisham Abdul Manap dan lain-lain. 

Sehinggalah nama Russel Alexander mula meniti di bibir peminat sukan tanah air apabila dia hampir memecahkan rekod 200 meter milik Khairul Hafiz, Januari lalu dalam Kejohanan Shield Series di Quesnland, Australia dengan hanya kekurangan 0.004 saat dari catatan 20.90 saat yang merupakan rekod kebangsaan. 

Usahanya tidak terhenti di situ apabila akhirnya rekod kebangsaan 200 meter Raja Pecut Asia Tenggara itu lebur jua di tangan Russel apabila mencatat masa menakjubkan 20.77 saat hasil pingat perak dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland semalam.

Russel dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dan kemudian berpindah ke Hobart, Tasmania pada usia 3 tahun.

Russel ketika ini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan psikologi sukan di Universiti Sunshine Coast, Queensland yang menyaksikan pelari berusia 21 tahun itu menjalani latihan penuh di sana sehingga berjaya membuktikan kemampuan mencabar jaguh negara seperti Khairul Hafiz dan Jonathan. 

Saya percaya pasti ramai yang ingin melihat jejaka kacak ini beraksi di depan mata dan Grand Prix (GP) Malaysia di Bukit Jalil penghujung bulan ini dan pastinya menarik untuk kita saksikan adakah Russel mampu mengekalkan momentum prestasinya ketika ini.

Saya berharap kejayaan Russel tidak hanya terhenti sampai di situ sahaja dan di usia muda, saya percaya Russel kini di landasan tepat untuk terus mencipta nama sebagai pelari pecut terbaik negara akan datang. 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen