JDT ramai mesin gol

Oleh Hasnizam Uzir 11 April 2021 12846
JDT ramai mesin gol
Ketiadaan Diogo Luis Santo penyerang utama Johor Darul Ta’zim pada musim lalu yang berhijrah ke BG Pathum United di Liga Thailand telah mengundang pelbagai persepsi dikalangan penyokong-penyokong Johor DT sendiri tentang ketajaman bahagian serangan pasukan Harimau Selatan itu.

Namun bagi pengurusan Johor DT ia tidak membimbangkan sebaliknya mereka telah bersedia dengan perancangan yang di susun rapi termasuk dengan membawa masuk pengganti Diogo Santo yang sesuai dengan DNA dan falsafah kelab.

Kehadiran Bergson da Silva sebagai penyerang utama Johor DT untuk menggantikan Diogo Santo telah membawa satu perubahan dan kekuatan baru pada Johor DT pada musim ini. Bukan sahaja mempunyai teknikal yang baik tetapi Bergson juga merupakan mesin gol yang paling terbaik Johor DT ketika ini. Dengan 6 penampilan sahaja Bergson sudah berjaya melakukan 8 gol, ini mengambarkan kualiti yang ada pada Bergson amat bersesuaian dengan DNA dan falsafah kelab Johor DT dan cepat mewujudkan persefahaman yang baik di antara rakan-rakan sepasukan.

Apa yang menarik untuk dikongsikan oleh penulis kali ini sebenarnya tentang keistimewaan dan kekuatan yang ada pada pasukan Johor DT musim ini yang begitu ghairah untuk menggekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke 8 berturut-turut. Kekuatan dan keistemewaan Johor DT pada musim ini ialah dimana skuad Harimau Selatan itu mempunyai ramai pemain-pemain yang boleh melakukan penyudah dengan berkesan selain daripada penyerang utama Johor DT, Bergson seperti Arif Aiman, Leandro Sebastian Velazquez, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera dan ramai lagi. Inilah faktor utama kejayaan Johor DT selain dari persefahaman dan keharmonian dalam pasukan berbanding pasukan-pasukan lain dalam Liga Super.

Sudah tentulah dengan kekuatan yang ada itu membolehkan Johor DT terus mengungguli carta Liga Super pada masa ini dan meninggalkan pasukan lain dengan jurang mata yang agak sedikit besar. Sekiranya pasukan-pasukan lain ingin mencabar Johor DT, mereka juga memerlukan skuad yang ramai pemainnya boleh melakukan penyudah dengan tajam dan berkesan. Sekiranya tidak mempunyai itu ia agak sedikit sukar untuk mencabar kedudukan Johor DT. Lihat sahaja 21 jaringan yang berjaya diperolehi Johor DT setakat 8 perlawanan yang dilalui dan ini menunjukan bahawa Johor DT tidak mustahil akan mencapai apa yang diidam-idamkan tahun ini dan akan terus melakar sejarah sekiranya berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super sebanyak 8 kali berturut-turut.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen