Jagalah emosi pemain

Oleh Hasnizam Uzir 27 March 2020 1086
Jagalah emosi pemain
Ketika seluruh dunia dikejutkan dengan serangan wabak coronavirus yang kini dikenali dengan covid-19 menular ke serata negara di seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia.

Apabila masuk satu peringkat yang serious dimana kerajaan Malaysia membuat satu keputusan bagi menagani wabak ini dengan mengeluarkan satu arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Sehubungan dengan itu segala altiviti-aktiviti luar termasuklah aktiviti sukan bola sepak di Negara kita terpaksa dihentikan serta merta sehingga keadaan menjadi kembali pulih seperti sedia kala.

Setelah PKP ini dilaksanakan dan penangguhan perlawanan Liga Malaysia dibuat oleh pengurusan Liga Malaysia iaitu Malaysia Football League (MFL) bermulalah episod baru kepada pemain-pemain professional bola sepak liga Malaysia. Dimana sudah ada cakap-cakap dari persatuan atau kelab-kelab yang bertanding telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memotong gaji pemain-pemain bagi mengawal perbelanjaan disebabkan tiada hasil daripada penjualan tiket perlawanan di media sosial dan media masa tanpa ada perbincangan dilakukan dengan pemain terlebih dahulu.

Ini menimbulkan spekulasi dan persepsi yang tidak baik terutama daripada kalangan pemain-pemain bola sepak professional Liga Malaysia itu sendiri dan sudah pasti dengan berita itu akan memberi tekanan kepada mereka memandangkan pemain-pemain bola sepak ini mempunyai tanggungan yang perlu mereka laksanakan selain daripada tanggunjawab dalam melangsaikan pinjan-pinjaman mereka selain kontrak yang singkat bersama majikan. Perkara ini perlu difikirkan sebaik-baiknya oleh setiap majikan supaya tidak membuat satu keputusan yang merugikan majikan sendiri dimana akan melibatkan kesan pada prestasi pemain akibat dari tekanan emosi dan psikologi apabila liga bermula kembali.



Ketika ini persatuan atau kelab perlu melihat kembali peruntukkan belajawan yang telah dirancang sepanjang tahun ini mandangkan Liga Malaysia baru sahaja berlangsung hanya sebulan sebelum liga dihentikan. Persatuan atau kelab pada amatan penulis boleh mengunakan bajet kotenjensi persatuan atau kelab dalam menagani masalah ini. Janganlah membuat satu keputusan yang akan merugikan dan menganiayai pemain. Sekira persatuan dan kelab yang bijak dalam mengurus tadbir perbelanjaan pasti tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah ini. Fikirlah demi kebaikan pemain dan ikutlah seranan kerajaan yang tidak mahukan majikan menganiayai pekerjanya dengan membuat pemotongan gaji.

 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen