Hadi Fayyadh bantu kanak-kanak kanser

Oleh Hasnizam Uzir 6 May 2020 376
Hadi Fayyadh bantu kanak-kanak kanser
Pemain kelab Fagiano Okayama dari Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak, dan juga merupakan pemain muda negara ini telah melakukan satu insentif sendiri dengan menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak pesakit kanser disalah satu pusat perubatan tanah air. 

Walaupun berada beribu batu jauh dibawah negara matahari terbit itu, Hadi Fayyadh masih tidak lupa kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan di negara tercinta ini. Inilah satu insentif yang baik dan murni dilakukan oleh Hadi Fayad dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

Walaupun masih muda beliau telah berusaha untuk menceriakan adik-adik yang menghidap penyakit kanser ini. Bantuan ini merupakan cetusan idea daripada Hadi Fayaddh sendiri dimana beliau menyuarakan hasratnya itu kepada pengarah urusan Yakult Malaysia iaitu En Horoshi Himada. Kerjasama Hadi dan Yakult ini telah berjaya menyampaikan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui Persatuan Sokongan Kanak-kanak Kanser PPUKM (CAKNE).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

100% always 🔝 No limits‼️ #ファジアーノ岡山 #yakultmalaysia #nikemalaysia

A post shared by Hadi Fayyadh (@hadifayyadhh) on


Inilah amalan-amalan murni yang dilakukan oleh pemain-pemain bola sepak di Malaysia kerana sebelum-sebelum ini juga kita mendengar ramai pemain-pemain bola sepak professional di Malaysia ini menghulurkan bantuan dan sumbangan kewangan kepada mereka yang memerlukan apatah lagi didalam bulan yang mulia ini (Ramadan).

Begitu juga kelab-kelab bola sepak di Malaysia yang banyak menyalurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sering kali menghulurkan sumbangan bersama pemain-pemain mereka sebagaimana yang mereka lakukan kepada tabung bantuan COVID-19 baru-baru ini.




Didikan sebegini yang selalu diterapkan dalam sukan bola sepak bukan sahaja ilmu bola sepak itu tetapi nilai-nilai jati diri juga diterapkan. Inilah sebahagian ilmu yang dapat dibentuk dan dipupuk dalam melahirkan insan yang berintegriti tinggi.

Kepada ibu bapa dan guru-guru jangan takut untuk membenarkan anak-anak bermain bola sepak sebaliknya galakan mereka untuk bermain bola sepak. Kepada pemain-pemain bola sepak professional negara teruskan usaha murni anda ini supaya dapat dicontohi adik-adik kelak. 
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen