FIFA Kena Payung Laaa

Oleh Burn Thevandran 6 April 2020 9
FIFA Kena Payung Laaa
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilihat perlu memainkan peranan yang amat-amat penting disaat satu dunia bergoncang disebabkan penularan wabak covid-19.

Semua perlawanan di liga utama Eropah bahkan di seluruh dunia terpaksa dihentikan / ditunda / digantung atau dibatalkan demi keselamatan dan kesihatan semua pihak. Bahkan Euro2020 yang dijangka bermula Jun ini juga ditangguhkan buat sementara waktu.

Situasi ini secara tidak langsung sedikit sebanyak  ‘membunuh’ kelab-kelab bola sepak yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Tiada perlawanan bermakna tiada wang yang masuk kepada kelab dari jualan tiket, cenderamata, jersi dan banyak lagi, sedangkan gaji pemain dan kakitangan tetap harus dibayar seperti biasa.

Situasi sama turut terjadi kepada pasukan kelab dan negeri di Malaysia. Di Malaysia, sewaktu liga berjalan seperti biasa pun ada pasukan yang tidak membayar gaji, inikan pula waktu pandemik, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. 

Mengambil kira situasi yang melanda seluruh dunia dan tidak mahu melihat industri bola sepak mengalami kerugian yang begitu banyak, FIFA bercadang mahu memberikan bantuan secara global bagi memulihkan semula sukan bola sepak.

Untuk rekod, FIFA mempunyai rizab RM 6.47 bilion, satu jumlah yang secara jelas menunjukkan mereka tidak mampu membantu semua kelab dan pasukan bola sepak di dunia, namun apa yang lebih penting ialah bagaimana cara dan mekanisme yang paling sesuai.

Usaha dan kerjasama untuk menyelamatkan industri bola sepak dari terjerumus dengan hutang harus dilaksanakan segera dan peranan FIFA amat penting kepada kelab yang terjejas teruk akibat covid-19.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen