FAM vs pengadil + pemain 

Oleh Hasnizam Uzir 27 March 2021 1982
FAM vs pengadil + pemain 
Ketika Liga Super musim 2021 baru sahaja mencecah lima perlawanan, pelbagai isu mula timbul dan dibangkitkan oleh peminat-peminat bola sepak negara terhadap mutu pengadilan dan tindakan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Pengadil dan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pengadil dan pemain. 

Jawatankuasa Pengadil FAM dan Jawatankuasa Tatatertib FAM dikatakan tidak membuat keputusan bijak serta tidak berlaku adil dan seolah-olah masih ada gangguan tangan-tangan ghaib dibelakangnya.

Persepsi beginilah yang perlu dijauhi oleh FAM supaya apa yang rancang dalam F:30 tidak tersasar jauh, memandangkan sebelum ini FAM telah berjaya merubah persepsi itu dengan melakukan tindakan dan keputusan yang konsisten. 

Masalah ini mula timbul apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak menyatakan tentang status hukuman Natxo Insa sedangkan sebelum itu Jawatankuasa Pengadil FAM telah menyatakan bahawa status Natxo Insa itu akan di rujuk pada Jawatankuasa Tatatertib FAM. 

 

Penggantungan FAM: Khairil Anuar antara dihukum

Posted by Astro Arena on Friday, March 26, 2021


Ini membuatkan peminat-peminat bola sepak Malaysia merasakan tindakkan yang dibuat itu tidak adil kepada pengadil-pengadil dan pemain-pemain yang di hukum atas kesalahan yang dilakukan sedangkan kesalahan yang dilakukan Natxo Insa itu juga pada minggu yang sama dengan mereka yang di hukum.

Ini menampakkan seolah-olah satu tindakkan “double standard” dilakukan FAM tetapi bagi penyokong-penyokong Johor Darul Ta’zim tindakkan itu juga tidak disenangi mereka kerana ia memberi imej yang kurang baik pada Johor Darul Ta’zim kerana pada mereka sekiranya Natxo Insa dijatuhkan hukuman sekali pun ia tidak memberi kesan pada prestasi pasukan Johor DT. 

Sepatutnya Jawatankuasa Tatatertib FAM perlu bertindak bijak dalam menagani isu-isu seperti ini kerana peminat-peminat bola sepak Malaysia inginkan satu tindakkan yang tulus dari FAM. 

Namun, ia boleh diperbaiki oleh FAM, dimana mereka-mereka yang dilantik itu perlu peka dengan setuasi semasa bola sepak negara.

Inilah masanya untuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang baru untuk memainkan peranan mereka dalam memberi pandangan dan idea-idea baru dalam menambah baik masalah-masalah yang dihadapi FAM ketika ini terutama dari segi prestasi dan mutu pengadil Liga Malaysia.

Mereka perlu memberikan satu cadangan yang bernas dalam mewujudkan satu sistem yang boleh menggunakan kuasa FAM untuk mengarahkan ahli-ahli gabungan supaya dapat menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi lebih kerap dan ada tindakkan yang lebih keras sekiranya gagal kerana dengan itu ia mampu untuk menambah pengalaman pengadil. 

Begitu juga FAM perlu lebih banyak perlawanan yang dianjurkan pada peringkat akar umbi di peringkat nasional terutamanya Piala Belia dan Piala Presiden.
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen