FAM perlu bertindak pantas

Oleh Hasnizam Uzir 2 April 2020 247
FAM perlu bertindak pantas
Setiap hari kita membaca di dada-dada akhbar berkenaan pihak-pihak tertentu yang menekan Persatuan Pemain Professional Malaysia (PFAM) supaya memberi ruang kepada persatuan atau pun kelab untuk berbincang dengan ahli-ahli mereka tentang kontrak dan pemotongan gaji setelah Liga Malaysia dihentikan disebabkan penularan yang serious wabak COVID-19. Namun, PFAM masih tidak berganjak dengan mempertahankan pendirian hak ahli-ahli mereka supaya majikan pemain perlu menghormati kontrak yang ditandatangani dan tidak sewenang-wenangnya memotong gaji pemain.

Dengan kenyataan dan pendirian PFAM itulah yang membuatkan ramai pihak memberikan pandangan mereka bagi pihak majikan, sedangkan mereka tidak pula memikirkan bagi pihak pemain pula. Sebagai pihak yang berpengalaman dalam industri bola sepak ini, mereka perlu juga memikirkan impak yang akan dihadapi oleh pemain-pemain professional Liga Malaysia ini selain memikirkan solusi yang boleh membuatkan industri ini boleh kekal stabil dan mampu mengeluarkan pemain-pemain yang berkualiti (produk) pada masa hadapan supaya ia tidak terus dipandang negatif oleh ibu bapa dan segelintir masyarakat.

Memang benar sekarang semua golongan menghadapi masalah tidak kira individu ataupun syarikat, namun kerajaan telah membantu memberikan solusi untuk membantu rakyat daripada dibelenggu keresahan dengan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Sebab itu kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum memberi pandangan yang hanya menampakan keuntungan sebelah pihak sahaja. Perlu mengambil kira apa yang berlaku sebelum-sebelum ini juga dimana banyak juga majikan yang culas dalam pembayaran gaji sebelum wabak COVID-19 ini menular serius ke pelusuk dunia. Baru sahaja bermula Liga Malaysia sudah ada pasukan yang dipotong mata akibat kelewatan melunaskan gaji tertunggak sebelum-sebelum ini dan ada juga majikan yang masih tidak membayar gaji pemain walaupun liga baru bermula.

Inilah kemelut yang dihadapi industri bola sepak Malaysia ketika ini bukan sahaja masalah COVID-19 tetapi masalah kewangan majikan yang semakin merosot. Apakah tidak ada perancangan belanjawan yang rapi atau majikan sahaja mengambil kesempatan dari masalah COVID-19 untuk melepaskan bebaban kewangan yang dihadapai akibat kesilapan sendiri?. Itulah persoalan yang bermain difikiran ramai pihak terutama daripada kalangan pemerhati dan peminat bola sepak. Dalam setuasi ini, badan induk bola sepak negara terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) perlu bertindak pantas mencari solusi dengan membuat satu kajian dan kertas kerja yang boleh dibentangkan dan diusulkan kepada pemegang taruh dan kerajaan dalam membantu menstabilkan kembali industri bola sepak negara demi kemajuan sukan nombor satu di Malaysia di dalam masa kritikal ini.

Inilah masanya semuanya ahli-ahli pemikir Presiden FAM bersama-sama AJK Eksekutif FAM duduk semeja dalam mengetengahkan idea-idea yang boleh memberi kebaikan kepada semua pemegang taruh. Boleh ambil contoh idea bagaimana di negara barat artis-artis terkenal boleh menginsurankan kakinya atau aset-aset penting diri mereka tetapi bukan itu yang dimahukan. Panel-panel ini perlu siapkan kajian dan kertas kerja dalam tempoh PKP ini supaya dapat dibentangkan selepas PKP kepada pemeggang taruh. Salah satu cadangan yang boleh dibawa seperti pembayaran bonus kemenangan boleh ditingkatkan kepada pemain untuk menampung kembali jumlah pemotongan gaji yang dilakukan sekiranya berlaku dan panel-panel pemikir ini juga perlulah berfikir diluar kotak untuk mencurahkan idea-idea yang bernas supaya semua pihak dapat faedahnya. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik dan ada keputusan menang-menang bagi kedua-kedua pihak.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen