FAM batalkan Piala Presiden dan Piala Belia?

Oleh Hasnizam Uzir 20 May 2020 220
FAM batalkan Piala Presiden dan Piala Belia?
Ketika Menteri Belia dan Sukan Datuk Sri Reezal Marican Naina Merican memberikan gambaran ceria kepada penggiat-penggiat industri bola sepak Malaysia yang berkemungkinan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2020 akan disambung kembali setelah dihentikan pada bulan Mac lalu akibat dari pandemik CONVID-19 yang melanda dunia sehingga kini. 

Ini dinyatakan ketika Reezal Marican ditemubual secara eksklusif di Astro Arena saluran 801/802 HD bersama Akbar Sahari namun itu bergantung juga pada keadaaan semasa penularan wabak CONVID-19 di Malaysia dan ketetapan SOP yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengikut nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Gambaran itu juga sebenarnya sudah melegakan pemain-pemain yang pada ketika ini menantikan dengan penuh kesabaran walaupun sedikit khuatir tentang masa depan mereka dalam menagani kehidupan harian sekiranya kerajaan tidak membenarkan Liga Malaysia ini dilangsungkan. Namun jelas Reezal Marican kuasa untuk meneruskan liga bola sepak di Malaysia ini terletak ditangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Berdasarkan maklumat yang diterima penulis, FAM juga menetapkan satu prosedur yang ketat yang perlu diikuti oleh setiap pasukan sebagaimana yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bagi membendung wabak CONVID-19 terus menular dan wujudnya kluster baru dari industri bola sepak.

Berdasarkan dari maklumat itu juga penulis dapat rasakan dan gambarkan bahawa segala aktiviti liga diperingkat umur seperti Piala Belia dan Piala Presiden tidak dapat dijalankan berdasarkan SOP yang begitu ketat yang dinyatakan. Sekiranya liga peringkat umur ini dilangsungkan ia berkemungkinan mendatangkan resiko kepada penularan wabak CONVID-19 kepada pemain dan orang awam ini berdasarkan gelangang perlawanan yang kebanyakan terbuka dan agak sukar untuk mengawal pergerakan pasukan dan orang ramai dan beberapa faktor lain. 

Ini satu keputusan yang mungkin sukar dan terpaksa diambil oleh FAM yang terpaksa membatalkan kedua-kedua kejohanan itu demi keselamatan dan kesihatan semua pihak terutama pemain-pemain muda. Ia ibarat “ditelan mati emak diluah mati bapa”. Namun ia belum dimuktamadkan lagi oleh FAM.

Kepada pemain-pemain Piala Belia dan Piala Presiden, inilah kemungkinan yang akan berlaku dan diharapkan pemain-pemain dapat bersedia dari segi emosi kerana mungkin sumber pendapatan mereka akan hilang. Namun penulis mengharapkan agar pemain-pemain muda ini bijak dalam menagani isu ini terutama dalam isu kontrak sekiranya ini berlaku. Dimana pemain-pemain muda ini perlu bijak dalam rundingan bersama majikan mereka sekiranya kontrak mereka ingin ditamatkan oleh majikan. Mereka perlu berfikir secara matang dan mendapatkan nasihat dari orang-orang berpengalaman dalam membantu memyelesaikan masalah ini. 

Apa yang boleh penulis kongsikan disini kepada pemain-pemain muda pada pendapat dan pandangan penulis dimana mereka boleh memberikan cadangan kepada majikan supaya mengunakan budget penginapan,pengankutan,makanan dan lain-lain yang tidak digunakan apabila liga dihentikan. Itulah sedikit perkongsian yang penulis berikan kepada pemain-pemain muda ini. Sama-samalah berdoa agar perjalanan kerjaya anak-anak muda ini dipermudahkan.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen