Dennis Bekking merevolusikan minda di AMD 

Oleh Hasnizam Uzir 8 April 2020 453
Dennis Bekking merevolusikan minda di AMD 
Semenjak kerajaan Malaysia membawa teknologi internet pada tahun 1995 ramai rakyat Malaysia dapat manfaatnya, dimana rakyat Malaysia dapat berhubung serata dunia seperti dunia tanpa sempadan itu dengan mudah.

Mereka boleh akses sahaja website mana-mana negara untuk mengetahui apa yang ada di negara berkenaan dan boleh berhubung terus melalui email untuk berkomunikasi dengan pantas. Sebelum itu agak sukar berhubung dengan pantas tetapi dengan teknologi ini ia mampu merubah segala-galanya baik dalam perniagaan atau pun sukan.

Ini yang dilakukan oleh Dennis Bekking, Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) setelah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada penghujung 2019. Banyak revolusi yang dilakukan oleh Dennis Bekking, bukan sahaja dalam struktur organisasi AMD tetapi  revolusi minda juga dilakukannya dikalangan jurulatih-jurulatih dan pelatih-pelatih AMD. Ketika rakyat Malaysia diberikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 sudah tentulah segala aktiviti riadah dan sukan terhenti, begitulah juga dengan aktiviti-aktiviti pelatih-pelatih AMD.

Walaupun pelatih-pelatih AMD diarah pulang ke pangkuan ibu bapa semasa PKP ini  oleh pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) demi keselamatan pelatih-pelatih. Namun pelatih-pelatih AMD dan jurulatih-jurulatih mereka tidak dibiarkan begitu sahaja sebaliknya Dennis Bekking selaku orang yang bertanggunjawab dalam semua urusan AMD telah mengunakan pengalamannya itu menyusun program secara jarak jauh supaya pelatih-pelatih terus aktif dan cergas bila kembali ke AMD.

Disinilah Dennis Bekking merevolusikan pemikiran jurulatih-jurulatih dan pelatih-pelatih AMD, dimana beliau mengunakan teknologi terkini untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta memantau secara langsung apa yang dilakukan oleh pelatih-pelatih melalui aplikasi zoom. Ini sebenarnya mengajar jurulatih-jurulatih dan pelatih-pelatih untuk lebih kreatif dan cepat memikirkan solusi sekiranya menghadapai sesuatu perkara yang tidak dijangka. Dalam bola sepak peringkat antarabangsa pemikiran begini sentiasa dituntut iaitu “critical thinking” supaya pemain-pemain pantas berfikir dan membuat keputusan yang mendatangkan kebaikan kepada pasukan selain tenang semasa tekanan.Tahniah kepada pengurusan AMD,MSN dan ISN yang banyak membawa perubahan dalam merevolusikan pemikiran jurulatih dan pelatih AMD.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen