Bundesliga steady! K-League buat hal!

Oleh Burn Thevandran 22 May 2020 750
 Bundesliga steady! K-League buat hal!
Saingan Bundesliga yang terhenti pada Mac lalu akibat penularan wabak Covid-19 telah pun kembali berlangsung semula pada pertengahan bulan ini yang secara tidak langsung mengubat sedikit kerinduan peminat bola sepak.

Yelah, asyik tengok perlawanan ulangan saja, 'feel' dia tak sama macam tengok siaran langsung kan.

Disaat semua liga utama di eropah masih lagi digantung, pihak pengurusan Bundesliga mengambil pendekatan berani dengan kembali memulakan aksi tetapi dengan bersyarat. Antaranya, sudah pasti ketiadaan penonton di stadium untuk memberikan sokongan, penjarakkan sosial antara pemain dan had dalam meraikan jaringan gol.

Biarpun norma baru ini menyaksikan beberapa hal yang dianggap sebati terpaksa diubah, namun ianya tidak merencatkan kehangatan kerana adrenalin perlawanan bola sepak itu sendiri masih terasa. Dengan baki sembilan perlawanan, andai semuanya berjalan lancar, liga akan ditamatkan pada 30 Jun. 



Diharapkan, liga utama yang masih belum ditamatkan seperti Serie A, BPL dan La Liga akan mengikut jejak bundesliga kembali menyambung baki perlawanan liga. Kalau tak, paling kasihan sudah tentulah pasukan Liverpool yang hanya seinci sahaja mahu menjulang kejuaraan liga.

Berlainan pula ceritanya di Korea Selatan. Liga kembali berlangsung dengan pendekatan sama seperti Bundesliga, tetapi mungkin mereka terlebih kreatif. Ada sebahagian stadium menyediakan audio sorakan penonton bagi menaikkan moral pemain, namun apa yang lebih menarik, ada juga pasukan yang menggunakan patung boneka seks, yang dijadikan sebagai penonton!





Aduuhhh! buat hal betul lah! pasukan FC Seoul telah pun didenda kerana menggunakan patung wanita (lelaki pun ada) yang sebenarnya adalah untuk kegunaan peribadi, selaku penonton di stadium. Perkara ini mendapat perhatian media sukan antarabangsa yang merasakan perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku di negara maju seperti Korea Selatan. Janganlah sukan dijadikan alat untuk meraih populariti bagi pihak yang opportunis.

Akhir sekali, selaku duta Toon Army Malaysia, Burn nak bagitahu, HOWAY THE LADS! Newcastle United akan jadi pasukan terkaya didunia musim hadapan! Dan dah tentulah akan menjadi pencabar utama di liga musim 2021 nanti! Terima kasih Mike Ashley yang sudi menjual The Magpies selepas 13 tahun tanpa perkembangan positif. Burn tak sabar nak lihat siapa pengendali dan pemain baru yang akan dibawa masuk.

Kepada semua umat islam di Malaysia, Burn nak ucapkan Selamat Hari Raya ! Stay safe dan kita jaga kita ok?
 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen