Bila nak jadi kenyataan ni?

Oleh Burn Thevandran 8 May 2020 409
Bila nak jadi kenyataan ni?
Secara luarannya, segala urusan pertukaran pemilik kelab Newcastle United yang baru dilihat hampir pasti menjadi kenyataan.

Hanya urusan di pihak Liga Perdana Inggeris sahaja yang masih belum diselesaikan, selain dari itu urusan seperti deposit wang, saham dan sebagainya boleh dianggap sudah selesai. Syarikat dari Arab Saudi dijangka bakal menjadi pemilik baru selepas 13 tahun The Magpies dimiliki oleh Mike Ashley.

Namun apa yang lebih menarik, Newcastle United yang mempunyai rekod penonton ketiga tertinggi di Liga Perdana Inggeris sudah mula digosipkan dengan kemasukan pemain pemain bintang atas faktor bakal mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Terbaru, bekas pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino hampir pasti dinamakan selaku pengendali baru The Magpies menggantikan Steve Bruce andai pertukaran hak milik kelab menjadi kenyataan. Pochettino menjadi individu pertama yang perlu dibawa masuk biarpun Newcastle terpaksa membayar pampasan kepada Spurs kerana jurulatih itu masih menerima bayaran gaji akibat dipecat sebelum tamat kontrak.

Jika dilihat gosip gosip liar media antarabangsa, terlalu banyak nama pemain yang dikaitkan antaranya Antoine Griezmann, Philippe Coutinho, Danny Rose, Joao Felix, Erling Haland dan banyak lagi termasuk Kylian Mbappe.  Namun semua itu biarpun hampir pasti menjadi kenyataan, tetapi tidak akan menjadi kenyataan selagi urusan pertukaran hak milik belum menjadi rasmi.

Ini kerana sejarah ada menunjukkan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memang pemilik semasa Mike Ashley sering berusaha untuk menjual Newcastle United tetapi tidak berjaya. Cuma pada tahun ini, pertukaran hak milik dilihat satu perkara yang realistik untuk berlaku dan pembelinya dari Arab Saudi juga mempunyai latar belakang kewangan yang sangat kukuh dengan kekayaan hampir 10 kali ganda dari pemilik Manchester City.

Jadi bila anda semua nak isi borang untuk menjadi sebahagian dari Kelab Penyokong Newcastle United Malaysia (Toon Army Malaysia) ? :)

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen