Berakhirnya dominasi Messi, Ronaldo 

Oleh Syamil Izwan Azizan 5 December 2018 318
Berakhirnya dominasi Messi, Ronaldo 
Buat kali pertama sejak 2007, anugerah bola sepak berprestij, Ballon d'Or, dimenangi pemain selain daripada Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo.

Selepas sedekad kedua-dua pemain ini menjadi tumpuan, detik itu kini terarah kepada Croatia yang mempunyai musim yang cukup cemerlang bersama Real Madrid serta Croatia.

Pemain tengah ini membantu kelabnya meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut selain memimpin pasukan kebangsaan mara ke final buat kali pertama pada saingan Piala Dunia yang berlangsung di Rusia.

Berdasarkan pencapaian itu, sukar untuk menafikan peluang Modric untuk meraih anugerah Ballon d'Or meskipun pencalonan yang lain juga mempunyai kekuatan tersendiri.

Seperti juga Modric, Ronaldo turut membantu Real Madrid meraih gelaran hatrik di Eropah sebelum berhijrah ke Juventus, manakala Messi turut punyai musim yang baik bersama Barcelona dengan memenangi gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Begitupun, pencapaian mereka di pentas antarabangsa bersama pasukan kebangsaan masing-masing menjadi pemisah berbanding Modric.

Bersama Portugal, Ronaldo hanya mampu membantu pasukannya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum kecundang kepada Uruguay.

Messi pula sekali lagi jadi taruhan Argentina dalam Piala Dunia Russia tetapi cabaran mereka juga tersekat dalam pusingan 16 terbaik selain tumpas kepada Croatia dalam aksi peringkat kumpulan (Modric turut meledak jaringan dalam kemenangan 3-0 Croatia).

Jadi, berdasarkan pencapaian keseluruhan, Modric lebih layak untuk memenangi Ballon d'Or dan menjadi cabaran buat dua pemain bintang itu untuk membuktikan sama ada mereka masih lagi di tahap tertinggi dengan faktor usia semakin memainkan peranan.

Čestitamo Modric!

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen