Aktiviti NFDP kembali aktif

Oleh Hasnizam Uzir 20 March 2021 116
Aktiviti NFDP kembali aktif
Apabila kerajaan Malaysia mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Mac 2020 akibat dari penularan COVID-19 ia telah menutup semua sektor industri termasuklah industri sukan di Malaysia.

Dengan pengistiharan itu ia telah membuatkan semua aktiviti-aktiviti diberhentikan serta merta termasuk aktiviti sukan. Keadaan itu juga menyebabkan segala aktiviti Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di peringkat Akademi Tunas (AT) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) seluruh negara juga dihentikan serta merta. Sudah tentulah segala perancangan dan program yang terlah di susun oleh pengurusan NFDP tergendala terutama pelatih-pelatih Akademi Tunas (AT) dan Pusat Latihan Daerah (PLD).

Namun setelah kerajaan Malaysia memberi kebenaran untuk sektor industri sukan kembali aktif setelah setahun dihentikan dan ia telah memberi kelegaan kepada pengurusan NFDP kerana dengan kebenaran itu telah membolehkan 52 Akademi Tunas (AT) dan 62 Pusat Latihan Daerah (PLD) diaktikan kembali aktivitinya. Dimana semua Akademi Tunas (AT) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) itu begitu penting untuk masa depan bola sepak negara kerana disitulah bakat-bakat muda di nilai sebelum mereka ditempatkan di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), selain diberikan pededahan tentang falsafah bola sepak negara yang termaktub dalam Peta Hala Tuju Bolasepak Negara (F:30) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Inilah peluang terbaik untuk anak-anak di akar umbi mengambil kesempatan untuk menerima tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih yang bertauliah di peringkat akar umbi dan remaja. Boleh dikatakan setiap Akademi Tunas dan Pusat Latihan Daerah ketika ini sedang melakukan sesi pemilihan untuk memilih pemain-pemain terbaik dari peringkat umur 7 tahun sehingga 17 tahun. Sudah tentu setelah aktif kembali akan memudahkan pengurusan NFDP untuk menjalankan pertandingan-pertandingan yang dirancang bagi melihat sendiri perkembangan anak-anak itu nanti.

Inilah masanya untuk semua pemegang taruh seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlus terus berganding bahu untuk memastikan program ini berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang sukar disebabkan dari pandemik COVID-19. Sekiranya salah satu pemeggang taruh ini tidak bekerjasama pasti akan merugikan masa depan bola sepak negara dan sokongan amat ditaggih oleh ibu bapa dalam kelancaran program NFDP ini.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen