Blog

  • Suzana Basri 1 Mei 2020 112

    PSG juara Ligue 1 musim COVID-19

    Kehebatan Paris St-Germain, PSG di saingan utama Perancis, Ligue 1 tidak dapat dinafikan, dan kejuaraan hatrik yang diraih kali ini cukup unik serta berada pada kedudukan istimewa dalam lipatan sejarah apabila diangkat selaku juara dek pembatalan liga ekoran Covid-19 yang masih membelenggu dunia.

  • Suzana Basri 7 Apr 2020 4165

    Giliran jurulatih UAE tanam jagung

    Kerana Covid-19, Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai alasan untuk memulakan pencarian pengendali skuad kebangsaan kelima dalam tempoh tiga tahun apabila menamatkan kontrak ketua jurulatih, Ivan Jovanovic, lebih awal tanpa sempat menjalani sebarang perlawanan bersama.

  • Suzana Basri 6 Apr 2020 157

    Kurang sensitif mudarat diri, terlebih sensitif pun bahaya...

    Impak pandemik COVID-19 bukan sekadar melumpuhkan sukan dunia dengan kerugian berjuta-juta pendapatan menerusi penangguhan atau pembatalan acara, malah ia mampu memberikan tekanan yang amat dahsyat kepada mereka yang terlibat.

  • Suzana Basri 31 Mac 2020 46

     Baguslah dah ada tarikh baru Tokyo 2020

    Tahniah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun kerana bertindak pantas menetapkan tarikh baharu Sukan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dan Sukan Paralimpik Tokyo dari 24 Ogos hingga 5 September - tepat setahun dari tarikh asal yang diran

  • Suzana Basri 30 Mac 2020 961

    Covid-19 Penghalang Liverpool?

    Sebelum ini, ada laporan akhbar yang menyatakan hanya Perang Dunia ke-III yang akan menggagalkan Liverpool dari meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2019/2020 dek keghairahan yang dipamerkan skuad bimbingan Jurgen Klopp.

  • Suzana Basri 27 Mac 2020 95

    Foden buat penyokong Man City gembira

    Phil Foden antara pemain muda yang disenaraikan BBC Sports sebagai pilihan buat pengendali skuad kebangsaan England, Gareth Southgate memantapkan barisan yang akan menggalas cabaran ketika kejohanan Euro 2020 berlangsung pada musim panas 2021.

  • Suzana Basri 26 Mac 2020 98

    Bukan 1 juta yang penting...

    Peminat sukan seni bela diri campuran (MMA) di Malaysia pastinya mengenali Conor McGregor yang mempunyai kisah panas dengan Khabib Nurmagomedov dan baru-baru ini, atlit yang terkenal dengan kelantangannya itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menggesa negara kelahirannya menjalankan perintah darurat ekoran pandemik Covid-19.

  • Suzana Basri 26 Mac 2020 81

    Jumpa Tokyo 2020 di 2021

    Ada yang sedih, ada yang menarik nafas lega tetapi jauh di sudut hati, penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran pendemik Covid-19 diterima positif oleh atlit, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan seluruh dunia.

  • Suzana Basri 4 Mac 2020 1196

    Tiada yang sempurna!

    Perkara paling mustahil adalah menemui kesempurnaan dalam hidup dan ianya juga diguna pakai dalam saingan bola sepak di mana kesukaran mempertahankan rekod tanpa tewas dalam satu musim mampu mengundang tekanan yang maha besar.

  • Suzana Basri 4 Mac 2020 203

    Risiko manis generasi baru Arsenal 

    Generasi baru Arsenal semakin mantap, dengan kemaraan ke suku akhir Piala FA Inggeris adalah bukti kesediaan barisan pemain berusia sekitar 20 tahun menggalas tugasan di saingan lebih kompetitif.