Blog

  • Ammar Hakim 24 Dis 2019 3498

    Hadirnya semula sentuhan magis Coutinho

    Kisah-kisah reputasi yang punah bukan sesuatu yang aneh dalam bola sepak. Ia seperti sudah sebati dengan barisan peminat bola sepak di seluruh dunia. Ketika bersama Liverpool, ia adalah sesuatu yang mustahil mengetepikan Philippe Coutinho, namun kita harus menerima realiti pahit apabila dia diabaikan gergasi Eropah, Barcelona.

  • Ammar Hakim 24 Dis 2019 8403

    Kedudukan De Gea makin tergugat

    Sekali lagi, Manchester United kehilangan tiga mata ketika berdepan kelab bawahan liga, kali ini pasukan tercorot, Watford, yang sekadar memiliki sembilan mata sebelum perlawanan bermula. Bagaimanapun, kemenangan 2-0 ke atas United membenarkan The Hornets berkongsi mata dengan Norwich City.

  • Ammar Hakim 30 Nov 2019 24956

    Basah ketiak Kim Swee

    Satu seri satu kalah, skuad B-22 negara mungkin sudah mula resah untuk menghidupkan peluang menamatkan kemarau meraih ibu emas Sukan SEA 2019 apabila gagal untuk menampilkan aksi memberangsangkan sejak tiba di Manila.

  • Ammar Hakim 30 Nov 2019 1218

    Haaland -- 'Wonderkid' rebutan gergasi Eropah

    Sebelum Erling Braut Haaland menyertai kelab Austria, Red Bull Salzburg, tipis sekali peminat bola sepak dunia mengenali pemain tersebut, apatah lagi tiada impak dipamerkan ketika beraksi untuk skuad kebangsaannya, Norway.

  • Ammar Hakim 15 Nov 2019 5080

    Portugal ada Ronaldo, Argentina ada Messi, Malaysia ada siapa?

    Walaupun aksi antara Malaysia dan Thailand sudah berakhir, sorakan seluruh penyokong skuad negara seakan masih lagi kedengaran, apa tidaknya, mengatasi pasukan di ranking ke-109 dunia yang dibimbing pula pengendali skuad Jepun yang melangkah ke Piala Dunia, Akira Nishino, merupakan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan.

  • Ammar Hakim 13 Nov 2019 3833

    Klopp "badi" Guardiola

    Sejak Pep Guardiola menyahut cabaran saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau telah membuatkan pakar bola sepak, penonton, bekas pemain, peminat dan sesiapa yang terlibat kagum dengan kemampuannya selaku pengurus pasukan Manchester City.

  • Ammar Hakim 31 Okt 2019 2071

    Sejarah kelab tidak lagi jadi keutamaan

    Dua puluh kali juara liga, 33 kali menang piala liga, dan kejuaraan ‘trebl’e yang pernah diraih sesebuah kelab, bukan lagi tarikan buat pemain-pemain yang meningkat naik di pentas antarabangsa mahupun di Malaysia.

  • Ammar Hakim 31 Okt 2019 1484

    Kedah atau JDT?

    Saingan bola sepak Malaysia kini sudah sampai kemuncak, final Piala Malaysia 2019 bakal berlangsung Sabtu ini dan ia merupakan pentas menebus kekecewaan dua tahun lalu bagi Kedah sementara peluang JDT untuk terus melebarkan penguasaannya selaku pasukan terbaik tanah air.

  • Ammar Hakim 30 Okt 2019 624

    'Captain America' wira baru Chelsea

    Bergelut mencari rentak sejak berhijrah ke Stamford Bridge musim panas lalu, seperti watak filem Marvel, Captain America, yang dibekukan sebelum bangkit menyelamatkan dunia, Chelsea juga telah disajikan sentuhan terbaik Christian Pulisic yang bangkit dengan hatrik.

  • Ammar Hakim 16 Okt 2019 1234

    700? 800 pun Ronaldo boleh capai

    Cristiano Ronaldo sekali lagi memahat namanya dalam dunia bola sepak selepas menjaringkan gol ketika berdepan Ukraine dalam saingan kelayakan Euro 2020. Ia merupakan jaringan ke-95 untuk Portugal dan yang ke-700 sepanjang karier untuk kelab dan skuad kebangsaan.