Zii Jia kembali jalani latihan rehabilitasi

Oleh Ammar Hakim 28 Ogos 2020 76
Zii Jia kembali jalani latihan rehabilitasi
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, sudah kembali berlatih namun ia hanya latihan berbentuk program rehabilitasi.

Menurut Zii Jia, dia memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi sebelum dibenarkan menjalani latihan seperti biasa.

"Saya berasakan masih sempat, buat masa ini hanya boleh melakukan latihan ringan dan berharap untuk kembali berlatih sepenuhnnya minggu hadapan," kata Zii Jia.

Zii Jia sebelum ini mengalami kecederaan belakang dalam saingan Kejohanan Dalaman BAM memaksanya menarik diri dalam saingan peringkat kumpulan divisyen satu.

Apa yang membimbangkan ketika itu, Zii Jia dilaporkan memerlukan empat hingga ke lapan minggu untuk pulih di kala khidmatnya cukup diperlukan untuk skuad Piala Thomas.

Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, proses ini adalah sebahagian daripada pemulihan Zii Jia.

Bagi atlet professional, mereka perlu berlatih secara berterusan walaupun dengan gerakan yang kecil.

"Rehat sepenuhnya bukanlah langkah untuk pulih. Ia dipanggil sebagai rehat aktif dan Zii Jia perlu melakukan gerakan dan aktiviti yang menyebabkan kecederaan di bahagian kecederaan," kata Choong Hann.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen