Yongbo jadi orang tengah kelab China, Purple League

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 1277
 Yongbo jadi orang tengah kelab China, Purple League
Kesetiaan kepada badminton China tidak menghalang bekas ketua jurulatihnya, Li Yongbo, untuk bekerjasama dengan entiti profesional negara, Purple League.

Perkembangan ini membuktikan keterbukaan Yongbo dalam menawarkan kepakarannya, sesuatu yang dianggap mustahil sebelum ini.

Keengganan Yongbo dalam memegang jawatan tertinggi badminton dunia adalah berdasarkan sejarah lebih tiga dekad dia bersama skuad China sebagai pemain sehinggalah melepaskan portfolio ketua jurulatih pada 2017.

"Beliau menjadi wakil kepada sebuah kelab di China dan pihak Purple League sedang mengadakan perbincangan untuk mereka menjalin kerjasama dengan Kelab Badminton Sri Petaling.

"Daripada sudut Purple League, yang pertama sekali kami berhasrat untuk menggiatkan lagi kerjasama dengan kelab di luar negara. 

"Selain itu, kami ingin mewujudkan hubungan dua hala di antara Purple League dan Liga China dengan sasaran pemain terbaik mereka akan menyertai kancah di sini dan begitu juga sebaliknya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh.

Pencarian pengarah kejurulatihan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini menjadi agenda penting bagi memastikan kelangsungan program negara.

Sama ada menyunting seseorang seperti Yongbo atau memiliki kredebiliti seumpamanya, Jack yang juga bekas pemain skuad kebangsaan, berasakan BAM perlu memberi kepercayaan penuh kepada individu itu.

"Kita telah menyaksikan beberapa individu datang dan pergi, namun masalah masih wujud.

"Mungkin kita perlu memberi kebebasan kepada individu yang bertanggungjawab agar beliau dapat melaksanakan perancangannya, khususnya diberikan tempoh sesuai," katanya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen