V Shem yakin layak ke Tokyo

Oleh Penulis Jemputan 5 Oktober 2018 65
V Shem yakin layak ke Tokyo
Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem, masih bersemangat untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sungguhpun dibelenggu kecederaan dan prestasi tidak menentu.

Selain kemerosotan prestasi sejak 2017 bersama Tan Wee Kiong, V Shem kini perlu menangani kecederaan buku lali kanan.

Situasi berkenaan menyaksikan gandingan utama negara itu terpaksa melupakan dua aksi di Eropah, iaitu Terbuka Denmark dan Perancis.

"Kecederaan memaksa saya berehat untuk beberapa minggu lagi bagi menjalani proses pemulihan. Saya berharap dapat menghasilkan keputusan yang positif dan mengutip mata untuk layak ke Tokyo 2020," kata V Shem.

Meskipun berada dalam kedudukan baik untuk layak ke Tokyo, kemampuan mereka mengulangi pencapaian di Rio 2016 diragui.

Tetapi V Shem menegaskan sebelum mencetus kejutan di Brazil, mereka bukanlah gandingan yang memenangi kejuaraan secara konsisten.

"Saya dan Wee Kiong akan berusaha untuk mempamerkan permainan terbaik dalam usaha layak ke Sukan Olimpik."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen