Tugas berat menanti skuad Piala Thomas, Uber negara

Oleh Ammar Hakim 6 Mac 2020 118
Tugas berat menanti skuad Piala Thomas, Uber negara
Tugas berat menanti barisan skuad muda badminton negara di pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2020 untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat suku akhir.

Malaysia bakal diundi sama ada berdepan seteru dari Indonesia, Jepun, China atau Denmark yang diletakkan dalam balang undian satu selaku pasukan pilihan kejohanan.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, Malaysia yang diletakkan selaku pilihan ketujuh perlu merebut status naib juara di peringkat kumpulan bagi memastikan slot ke suku akhir.

"Empat pasukan pilihan sangat kuat. Buat masa ini kami perlu melihat kepada undian dan mencari jalan untuk ke suku akhir," kata Choong Hann.

Untuk saingan Piala Uber skuad wanita negara pula, hanya turun dengan reputasi pilihan kesembilan dan dijangka berdepan Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand diharapkan mampu mempamer aksi luar biasa. 

"Ini adalah peluang terbaik mereka untuk bertanding dengan pasukan yang lebih berkualiti. Kami akan berusaha dan berharap untuk menghasilkan keputusan yang positif."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen