Tokyo 2021 keutamaan Liu Ying

Oleh Ammar Hakim 2 Mei 2020 30
Tokyo 2021 keutamaan Liu Ying
Sukan Olimpik Tokyo tetap menjadi tumpuan utama pemain badminton negara walaupun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunda Kejohanan Dunia. 

Kejohanan Dunia ditunda ke November sehingga Disember 2021 sekaligus memberi lebih masa buat barisan pemain negara mempersiapkan diri.

BWF dan Persekutuan Badminton Sepanyol membuat keputusan menunda Kejohanan Dunia ke penghujung tahun 2021 supaya memberi peluang kepada atlet untuk meletak fokus dalam dua kejohanan utama tersebut.

"Selepas tamat saingan Sukan Olimpik, terdapat beberapa kejohanan dan saya menjangkakan 2021 adalah tahun yang sangat padat dengan kejohanan," kata pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying.

"Terdapat perkara positif yang boleh diambil daripada penangguhan saingan ini. Ia memberikan masa untuk saya membuat persiapan," kata pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia.

Selain itu, jadual padat tahun 2021 memaksa pemain badminton negara memulakan persiapan lebih awal tahun ini demi mempersiapkan diri di tahap terbaik.

"Jika kita memiliki perancangan untuk menyertai kedua-dua kejohanan, kami akan mengambil langkah untuk berehat seketika selepas Tokyo sebelum membuat persiapan ke Kejohanan Dunia," kata Liu Ying.

"Kami harus mengambil selangkah demi selangkah. Bagi tahun ini, kami perlu membuat persiapan untuk menghadapi Piala Thomas. Jika terlalu memikirkan semua kejohanan, ia menghadirkan tekanan," kata Aaron.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen