Tiga beregu negara rebut slot ke Tokyo 2021

Oleh Ammar Hakim 29 Mei 2020 18
Tiga beregu negara rebut slot ke Tokyo 2021
Lanjutan kelayakan Olimpik oleh Persekutuan Badmitnon Dunia (BWF) mencetus persaingan tiga penjuru bagi barisan beregu lelaki negara. Ketiga-ketiga pasangan tersebut memiliki potensi menyaksikan beregu nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mampu kehilangan slot untuk ke Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan melaksanakan tempoh kelayakan Olimpik lanjutan bermula minggu pertama hingga ke-17 2021, merangkumi kejohanan terpilih yang ditunda, dibatal atau digantung susulan wabak COVID-19.   

"Kami masih lagi yakin untuk layak ke Sukan Olimpik, tetapi berasakan BWF akan melanjutkan tempoh kelayakan dan kini persaingan dalam kalangan beregu negara sangat sengit dan sesiapa sahaja boleh ke Tokyo," kata Aaron.

"Saya dan rakan sepasukan Ong Yew Sin memiliki jurang dengan dua lagi beregu negara tetapi segalanya tidak mustahil," kata Teoh Ee Yi.

Walaupun sukar bagi melayakkan diri dengan tambahan masa kelayakan Sukan Olimpik, namun bekas pemain negara, Roslin Hashim berpendapat dua beregu lelaki negara mampu layak ke Tokyo 2021, tetapi tidak semestinya nama Aaron dan Wooi Yik berada dalam senarai yang mewakili Malaysia ke temasya itu. 

"Walaupun mereka dalam kedudukan yang selesa, tetapi masih tiada jaminan kerana Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Ee Yi-Yew Sin rapat mengekori dan memiliki tempoh masa untuk mengejar slot lapan terbaik," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen