Tidak ada istilah rehat buat pemain beregu lelaki no.1 dunia, Goh V Shem, yang bukan sahaja beraksi dalam saingan Purple League, bahkan juga bakal membuat penampilan dalam Liga Perdana Badminton India (PBL).

PBL dianjurkan di seluruh India termasuk New Delhi, Mumbai, Lucknow dan Hyderabad bermula 1 sehingga 14 Januari.

V Shem turut dijangka membentuk gandingan bersama ikon Indonesia, Markis Kido, dalam skuad Awadhe Warriors.

Seperti Purple League, V Shem turut dijangka berentap dengan rakan beregunya, Tan Wee Kiong, yang mewakili Hyderabad Hunters.

"Saya sedang cuba kekalkan keadaan fizikal kekalkan di tahap terbaik kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang cuti rehat dan saya juga menggunakan masa yang ada untuk berehat.

"Esok bertandang ke India, saya berharap tahap fizikal saya berad di tahap yang baik," jelas V Shem.

Jadual padat sepanjang tahun membangkitkan kegusaran terhadap kecergasan dan tahap fizikal V Shem menjelang musim 2017.

Selain perlu mengekalkan status sebagai tpemain beregu erbaik dunia, dia dan Wee Kiong perlu mencari ikhtiar memastikan kelayakan dan mencipta impak dalam Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

"Tahun depan, saya cuma boleh berharap untuk beraksi dengan lebih baik.

"Tekanan itu mesti ada kerana ini kali pertama kami digelar beregu no.1 dunia," tambahnya.