Hasrat untuk menyaksikan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand tidak kesampaian selepas pemain itu tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Chou Tien Chen, hari ini.

Selepas mendapat laluan percuma dalam pusingan kedua semalam -- lawannya, S. Kidambi, menarik diri kerana kecederaan -- Zii Jia seakan-akan belum bersedia sepenuhnya untuk berdepan lawan yang berada di kedudukan ranking lebih baik itu.

Jelas Tien Chen lawan yang terlalu ampuh untuk ditumbangkan Zii Jia -- pilihan kelapan kejohanan -- apabila setiap serangan yang dilakukannya mudah dipatahkan jaguh Taiwan itu sebelum tewas 21-17 dalam set pertama.

Zii Jia, yang bermula perlahan dalam set kedua, pada satu ketika ketinggalan 10-15 sebelum Tien Chen mengorak langkah mengumpul mata demi mata untuk menamatkan pertarungan selama 43 minit itu dengan kemenangan 21-15.

RESULTS: YONEX Thailand Open QF #TPE Chou Tien Chen def. #MAS ?? Lee Zii Jia 21-17 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021