Terbuka Thailand: Wakil Korea Selatan cabaran awal Soniia

Oleh Ammar Hakim 7 Januari 2021 159
Terbuka Thailand: Wakil Korea Selatan cabaran awal Soniia
Dua perseorangan badminton wanita Korea Selatan menjadi cabaran pertama pemain nombor satu negara, Soniia Cheah bagi saingan Terbuka Thailand kali ini.

Dan ia akan bermula dengan pemain remaja sensasi dunia, An Se-young, yang dilatih bekas mentor Soniia, Wong Tat Meng.

Soniia turut berbicara tentang tuah S. Kisona yang diserap masuk untuk beraksi dalam dua kejohanan berstatus Super 1000.

"Ia bakal perlawanan yang sukar tetapi adalah permulaan terbaik bagi saya. Lawan saya kurang melakukan kesilapan ketika beraksi dan memiliki kemahiran yang tinggi," kata Soniia.

"Saya telah lama membuat persiapan bagi kejohanan ini, saya mahu mempamerkan aksi yang terbaik dan mempamerkan peningkatan yang telah terhasil sebelum ini."

Pengunduran China dan Jepun daripada saingan tersebut tidak memberi kesan besar kepada laluan Soniia di Bangkok tetapi membawa makna besar kepada skuad perseorangan wanita Malaysia bagi permulaan musim 2021.

"Tiada perbezaan yang ketara namun ia adalah petanda positif buat pemain Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa," kata Soniia.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen