Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong ke separuh akhir tewaskan rakan senegara

Oleh Muzaffar Musa 15 Januari 2021 3610
Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong ke separuh akhir tewaskan rakan senegara
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan gandingan senegara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, hari ini.

Kedua-dua beregu negara itu bersaing hebat dan saling berkejaran mata sejak awal set pertama tetapi pengalaman yang dimiliki V Shem-Wee Kiong dimanfaatkan mereka selepas mendahului 15-12.

Finalis Sukan Olimpik Rio 2016 itu kemudian mula mempamerkan taring sebenar untuk memenangi set pembukaan itu 21-16.

V Shem-Wee Kiong membenarkan Nur Izzuddin-Sze Fei mendominasi sebahagian besar set kedua tetapi selepas mereka mengikat kedudukan 14-14, pasangan profesional itu tidak menoleh kebelakang untuk menamatkan pertarungan selama 40 minit itu dengan kemenangan 21-19.

Menanti mereka dalam separuh akhir esok adalah beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open  QF  #MAS 🇲🇾 Goh V Shem- Tan Wee Kiong def. #MAS 🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin 21-16 21-19  #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021


Sementara itu, satu lagi beregu lelaki profesional negara, Onng Yew Sin-Teo Ee Yi, terkandas dalam suku akhir selepas tewas kepada gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Wakil negara itu memberikan saingan sengit kepada pilihan keenam kejohanan berkenaan sebelum tewas 21-23 dalam set pertama.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat bangkit dalam set berikutnya untuk akur gagal ke separuh akhir selepas tewas 15-21.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open QF #TPE Lee Yang-Wang Chi Lin (6) def. #MAS 🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 23-21 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 15 January 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen