Terbuka Thailand: Tiga beregu wanita negara ke suku akhir

Oleh Muzaffar Musa 21 Januari 2021 4002
Terbuka Thailand: Tiga beregu wanita negara ke suku akhir
Tiga beregu wanita negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Impact Arena, Bangkok selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Terdahulu, gandingan Vivan Hoo-Yap Cheng Wen menafikan saingan sengit beregu Perancis, Emilie Lefel-Anne Tran, dalam aksi yang berlarutan sehingga ke set ketiga.

Selepas tewas tipis 21-19 dalam set pertama, Vivian dan Cheng Wen mempamerkan kebangkitan untuk mengungguli dua set berikutnya dengan kemenangan 21-17, 21-12.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Vivian Hoo-Yap Cheng Wen def. #FRA 🇫🇷 Emilie Lefel-Anne Tran 19-21 21-17 21-12 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 20 January 2021


Turut mengesahkan kemaraan adalah gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean.

Berdepan lawan tidak ternama dari Australia, Setyana Mapasa-Gronya Somerville, beregu negara itu hanya memerlukan 38 minit untuk mengesahkan tempat ke suku akhir hasil kemenangan 21-17, 21-15.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean def. #AUS 🇦🇺 Setyana Mapasa-Gronya Somerville 21-17 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 21 January 2021


Beregu wanita yang sedang meningkat naik, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan lawan dari Perancis, Vimala Heriau-Margot Lambert.

Selepas tewas 21-19 dalam set pertama, Pearly dan Thinaah -- yang mencipta kejutan menyingkirkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Chang Ye Na-Kim Hye Rin, dalam pusingan pertama semalam -- memaparkan aksi lebih kemas untuk menamatkan saingan itu dengan kemenangan 21-16, 21-9.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M def. #FRA 🇫🇷 Vimala Heriau-Margot Lambert 19-21 21-16 21-9 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 21 January 2021


Dalam saingan suku akhir esok, Vivian-Cheng Wen akan berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, manakala dua beregu negara, Mei Kuan-Meng Yean dan Pearly-Thinaah, akan bertemu sesama sendiri.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen