Terbuka Thailand: Soniia tersingkir awal

Oleh Muzaffar Musa 13 Januari 2021 3083
Terbuka Thailand: Soniia tersingkir awal
Perseorangan wanita utama negara, Soniia Cheah, tersingkir seawal pusingan pertama apabila tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Korea Selatan, An Se Young, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok hari ini.

Gerakan wakil negara itu serba tidak menjadi sebelum akur tewas 21-15 dalam set pertama.

Skrip sama berulang dalam set berikutnya apabila kesilapan yang dilakukan Soniia memudahkan tugas Se Young untuk melakar kemenangan 21-12.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R1 #KOR šŸ‡°šŸ‡· An Se Young (7) def. #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Soniia Cheah 21-15 21-12 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Tuesday, 12 January 2021


Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tidak berdepan sebarang kesukaran untuk ke pusingan kedua dengan menewaskan gandingan Jerman, Daniel Hess-Linda Efler.

Kian Meng-Pei Jing melakarkan kemenangan straight set 21-14, 21-14 dalam masa 34 minit untuk mencongak perhitungan dengan lawan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue esok.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R1 #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Tan Kian Meng-Lai Pei Jing def. #GER šŸ‡©šŸ‡Ŗ Daniel Hess-Linda Efler 21-14 21-14 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021

 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen