Tiga mata akhir dalam set kedua gagal dimanfatkan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila terkulai di tangan Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua, sebentar tadi.

Awal pertemuan itu memperlihatkan potensi wakil beregu campuran profesional negara tersebut mampu lolos ke separuh akhir di Impact Arena, esok, dengan bergaya selepas mengungguli set pertama 21-18.

Rentak itu dikekalkan apabila mereka menguasai separuh perjalanan set kedua 11-8 dan pendahuluan enam mata di kedudukan mata ke-18 bagaimanapun disia-siakan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 berkenaan.

Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.


RESULTS: TOYOTA Thailand Open QF #IND ?? Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa def. #MAS ?? Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) 18-21 24-22 22-20 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, January 21, 2021


Set penentuan berlangsung sengit tetapi Satwiksairaj-Ashwini mula mengasak Liu Ying -- banyak menyumbang mata menerusi permainan di jaring -- yang semakin dicengkam masalah belakang.

Penderitaan itu cuba diketepikannya pada hujung pertarungan apabila berjaya mengheret permainan bertaraf super 1000 berkenaan ke dius sebelum terpaksa akur disingkirkan 20-22.