Terbuka Thailand: Peng Soon-Liu Ying langkah kanan

Oleh Ammar Hakim 12 Januari 2021 227
Terbuka Thailand: Peng Soon-Liu Ying langkah kanan
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, memulakan kempen Terbuka Thailand dengan kemenangan ke atas wakil Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Chrystine Bandaso, sebentar tadi.

Turun beraksi di Impact Arena, Bangkok, pengalaman Peng Soon-Liu Ying ternyata menjadi kunci kemenangan ke atas Adnan-Mychelle.

Meraih kemenangan straight set, 22-20, 21-18 sekaligus mara ke pusingan kedua untuk pertemuan dengan pilihan utama kejohanan yang juga wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, yang mengatasi satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pan Ron-Cheah Yee See.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen