Terbuka Thailand: Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir atasi pasangan Indonesia

Oleh Muzaffar Musa 21 Januari 2021 1191
Terbuka Thailand: Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir atasi pasangan Indonesia
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan pasangan dari Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso, hari ini.

Gandingan negara itu mempamerkan penguasaan total dalam set pertama untuk tidak membenarkan lawan mendahului selepas memperoleh mata pertama sebelum menang 21-18.

Pememang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu, bagaimanapun, bermula perlahan dalam set kedua sehingga ketinggalan 2-5 tetapi selepas mengikat kedudukan 5-5, Peng Soon dan Liu Ying memacu mata demi mata untuk menamatkan pertarungan selama 35 minit itu dengan kemenangan 21-15.

Menanti mereka dalam suku akhir esok adalah pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) def. #IND 🇮🇩 Adnan Maulana-Mychelle C. Bandaso 21-18 21-15 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 20 January 2021


Menuruti langkah ke suku akhir itu adalah satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Pasangan negara itu mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan lawan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-14, 21-16.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Hoo Pang Ron-Cheah Yee See def. #FRA 🇫🇷 Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-14 21-16 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 21 January 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen