Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah tersingkir di tangan beregu Indonesia

Oleh Muzaffar Musa 15 Januari 2021 2601
Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah tersingkir di tangan beregu Indonesia
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas tewas di tangan gandingan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, sebentar tadi.

Kedua-dua beregu pada awalnya bersaing sengit dan saling berkejaran mata tetapi wakil Indonesia itu, yang merupakan pilihan kelima kejohanan, mula mempamerkan dominasi selepas memperoleh mata ke-11.

Kesilapan sendiri Pearly dan Thinaah memudahkan tugas lawan mereka untuk memenangi set pembukaan itu 21-15.

Malaysia memperoleh mata pertama dalam set kedua tetapi siri kesilapan yang dilakukan Pearly membenarkan Greysia-Apriyani jauh mendahului di depan sehingga satu ketika beregu negara itu ketinggalan 16-4.

Saingan yang cuba dihadirkan pasangan muda negara itu pada penghujung permainan ternyata tidak mencukupi untuk mereka akur tewas 21-12 dalam pertarungan yang hanya memakan masa selama 35 minit.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open QF #INA 🇮🇩 Greysia Polii-Apriyani Rahayu (5) def. #MAS 🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M 21-15 21-12 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, 15 January 2021


 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen