Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan pilihan keenam

Oleh Muzaffar Musa 20 Januari 2021 3174
Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah bangkit tewaskan pilihan keenam
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan gandingan pilihan keenam, Chang Ye Na-Kim Hye Rin, sekali gus mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Bangkok sebentar tadi.

Pasangan negara itu bermula perlahan dan tidak pernah mendahului lawan dari Korea Selatan itu untuk akur tewas 16-21 dalam set pertama.

Bagaimanapun, gandingan muda negara itu mula memaparkan aksi lebih kemas dalam set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-15.

Aksi dalam set ketiga ternyata berlangsung sengit dan walaupun pada satu ketika Pearly-Thinaah mendahului 6-0, Ye Na-Hye Rin kembali mengikat kedudukan pada mata 10-10.

Begitupun, gandingan negara itu kembali mempamerkan dominasi mereka untuk memastikan fasa sengit pada hujung permainan itu ditamatkan dengan kemenangan 27-25 dalam perlawanan yang memakan masa sejam 27 minit itu.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS šŸ‡²šŸ‡¾ Pearly Tan-Thinaah M def. #KOR šŸ‡°šŸ‡· Chang Ye Na-Kim Hye Rin (6) 16-21 21-15 27-25 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 20 January 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen