Beregu campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan keenam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja, sebentar tadi.


RESULTS: TOYOTA Thailand Open QF #MAS ?? Hoo Pang Ron-Cheah Yee See def. #INA?? Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja(6) 12-21 21-19 21-19 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, January 21, 2021


Dalam aksi pembuka tirai peringkat suku akhir di Impact Arena, hari ini, wakil daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu pada awalnya dijangka tewas mudah, lebih-lebih lagi selepas tumpas 12-21 dalam tempoh 14 minit.

Namun, aksi agresif khususnya daripada Pang Ron memberikan kemenangan 21-19 untuk kemaraan ditentukan dalam set ketiga.

Walaupun ketinggalan dalam babak berikutnya, tempo permainan kembali sengit selepas terikat 10-10 dan pada kedudukan 18-18, Pang Ron terus memainkan peranannya menerusi corak menyerang untuk menempah laluan ke separuh akhir dengan kejayaan 21-19.