Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Bangkok sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasangan negara itu ketinggalan sepanjang fasa awal set pertama sebelum mengikat kedudukan 11-11.

Selepas itu, Mei Kuan-Meang Yean mula mempamerkan aksi sebenar mereka untuk mudah mencatatkan kemenangan 21-17.

Aksi lebih kemas dipamerkan gandingan negara itu dalam set kedua sehingga satu ketika mendahului 17-10.

Persaingan itu secara keseluruhan hanya memakan masa selama 45 minit untuk Mei Kuan-Meng Yean mara ke pusingan kedua hasil kemenangan 21-16.

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS ?? Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean def. #CAN ?? Rachel Honderich-Kristen Tsai 21-17 21-16 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 20 January 2021