Terbuka Thailand: Laluan Peng Soon-Liu Ying disekat pasangan tuan rumah

Oleh Muzaffar Musa 15 Januari 2021 3410
Terbuka Thailand: Laluan Peng Soon-Liu Ying disekat pasangan tuan rumah
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, gagal ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas ditewaskan pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, dalam suku akhir hari ini.

Pasangan negara itu tidak pernah ketinggal sejak mendahului 6-5 tetapi mata mereka tersekat di angka 18 untuk pasangan lawan, yang merupakan pilihan utama kejohanan, meraih lima mata berturut-turut bagi memastikan kemenangan 21-18 dalam set pertama.

Peng Soon-Liu Ying sekali lagi bermula baik dalam babak kedua apabila mendahului 5-2 tetapi selepas di depan 13-10, mereka membenarkan lawan memperoleh sembilan mata berturut-turut untuk ketinggalan 19-13.

Dan saingan mereka dalam kejohanan itu akhirnya dinoktahkan dalam masa 44 minit untuk membenarkan Dechapol-Sapsiree ke separuh akhir hasil kemenangan 21-17.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open  QF  #THA 🇹🇭 Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (1) def. #MAS 🇲🇾 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (5) 21-18 21-17  #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen