Terbuka Thailand: Laluan Mei Kuan-Meng Yean tersekat dalam separuh akhir 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Januari 2021 2878
 Terbuka Thailand: Laluan Mei Kuan-Meng Yean tersekat dalam separuh akhir 
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terpaksa akur apabila impian ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua berkecai apabila tunduk dengan reputasi besar pilihan keempat, Kim So Yeong-Kong Hee Yong, sebentar tadi. 

Beregu wanita dari Korea Selatan itu tidak berdepan masalah untuk mengelak kejutan daripada wakil Malaysia tersebutapabila menang 21-17, 21-6 dalam pertemuan di Impact Arena berkenaan. 

Kesilapan servis selain terlalu bergantung untuk memerangkap lawan di jaring memakan diri Mei Kuan-Meng Yean hingga menyumbang mata mudah buat pilihan keempat itu untuk menamatkan permainan dalam tempoh 39 minit. 

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open SF #KOR 🇰🇷 Kim So Yeong-Kong Hee Yong (4) def. #MAS 🇲🇾 Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 21-17 21-6 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, January 22, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen