Terbuka Thailand: Kian Meng-Pei Jing kandas awal, Daren mara percuma

Oleh Muzaffar Musa 20 Januari 2021 2595
Terbuka Thailand: Kian Meng-Pei Jing kandas awal, Daren mara percuma
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terkandas seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua apabila tewas kepada pasangan England, Marcus Ellis-Lauren Smith, di Bangkok hari ini.

Berdepan pilihan ketujuh kejohanan itu, Kian Meng-Pei Jing jelas bergelut untuk memberikan saingan dalam set pertama sebelum tewas 14-21.

Bagaimanapun, pasangan negara itu mula mempamerkan peningkatan untuk memenangi set berikutnya 21-15 bagi mengheret perhitungan itu ke set penentuan.

Aksi dalam set ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu saling berkejaran mata tetapi selepas mengikat kedudukan 19-19, Kian Meng-Pei Jing akhirnya akur terkandas dalam pusingan pertama selepas tewas 21-19 dalam masa sejam 13 minit.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #ENG 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Marcus Ellis-Lauren Smith (7) def. #MAS 🇲🇾 Tan Kian Meng-Lai Pei 14-21 21-15 21-19 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Tuesday, 19 January 2021


Sementara itu, perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, mara secara percuma ke pusingan kedua selepas lawannya dari India, B. Sai Preneeth, menarik diri.

Lewat malam tadi, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan Sai Praneeth positif COVID-19 menerusi ujian PCR wajib yang dijalankan kelmarin.

Pemain itu dihantar ke hospital bagi tujuan pemantauan dan perlu dikuarantin untuk sekurang-kurangnya selama 10 hari, sekali gus disingkirkan daripada kejohanan itu.

Daren akan berdepan seorang lagi wakil India, H. S. Prannoy, dalam pusingan kedua esok.

 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open R1 #MAS 🇲🇾 Liew Daren vs #IND 🇮🇳 Sai Praneeth (walkover) *Daren advances through a walkover after Praneeth tested positive for COVID-19 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Tuesday, 19 January 2021

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen