Terbuka Thailand: Dua beregu lelaki negara ke suku akhir

Oleh Muzaffar Musa 14 Januari 2021 1647
Terbuka Thailand: Dua beregu lelaki negara ke suku akhir
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight-set ke atas wakil Amerika Syarikat, Phillip Chew-Ryan Chew.

Yew Sin-Ee Yi melakarkan kemenangan 21-12, 21-7 untuk ke suku akhir.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Ong Yew Sin- Teo Ee Yi def. #USA 🇺🇸 Philip Chew-Ryan Chew 21-12 21-7 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021


Menuruti langkah cemerlang itu adalah satu lagi beregu profesional negara, Goh V Shem- Tan Wee Kiong.

Finalis Sukan Olimpik Rio 2016 itu hanya memerlukan 39 minit untuk menewaskan pasangan England, Bane Lane-Sean Vendy, 21-11, 21-19.

 

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #MAS 🇲🇾 Tan Wee Kiong-Goh V Shem def. #ENG 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Ben Lane-Sean Vendy 21-11 21-19 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021


 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen