Hasrat untuk menyaksikan Liew Daren terus mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand tidak kesampaian apabila perseorangan lelaki profesional negara itu tewas kepada wakil Hong-Kong, Lee Cheuk Yiu, hari ini.

Selepas mencipta sensasi dengan menewaskan pemain pilihan ketiga dari Denmark, Anders Antonsen, dalam pusingan pertama semalam, Daren, bagaimanapun, gagal meneruskan rentak kemenangannya apabila tewas 14-21 dalam set pertama.

Cuba bangkit dalam set berikutnya, pemain berusia 33 tahun itu ternyata tidak cukup tenaga untuk menafikan asakan lawan sebelum aku tewas 17-21 dalam masa 52 minit.

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #HKG ?? Lee Cheuk Yiu def. #MAS ?? Liew Daren 21-14 21-17 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Wednesday, 13 January 2021


Sementara itu, sandaran utama negara dalam acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, menempa nasib berbeza apabila lawannya dalam pusingan kedua, S. Kidambi, terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan.

Dengan pengunduran wakil India itu, Zii Jia, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan, layak secara percuma ke peringkat suku akhir.

RESULTS: YONEX Thailand Open R2 #MAS ?? Lee Zii Jia (8) vs #IND ?? S Kidambi * Zii Jia advances to the last eight through a walkover after Kidambi suffered an injury #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, 14 January 2021