Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan terdapat dua kes positif COVID-19 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang sedang berlangsung di Bangkok ketika ini.

Dua individu tersebut masing-masing adalah seorang jurulatih skuad Jerman dan seorang ahli pasukan iringan skuad Perancis.

Kedua-dua individu berkenaan didapati positif dalam ujian saringan wajib yang dilakukan semalam.

Keputusan positif itu disahkan hari ini selepas ujian kedua dilakukan. Mereka kini ditempatkan di hospital bagi tujuan pemantauan dan ujian, dan perlu dikuarantin di hospital untuk sekurang-kurangnya selama 10 hari.

Ujian ketat dan protokol pengesanan kontak rapat sudah dilakukan pihak berkuasa kesihatan Thailand, Persatuan Badminton Thailand (BAT) dan BWF untuk memastikan keselamatan setiap peserta.

Kesemua pemain yang menjalani ujian semalam didapati negatif virus berkenaan.

? UPDATE ? All players tested on Tuesday 12 January have returned a negative result but one German coach and a team entourage member from France have tested positive.

Posted by BWF — Badminton World Federation on Wednesday, 13 January 2021