Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi yang pertama daripada tiga wakil Malaysia di peringkat empat terbaik hari ini apabila momentum garang mereka untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua.

Beregu lelaki utama kebangsaan itu tidak berdepan banyak masalah untuk menyekat kemaraaan gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 21-18, 21-18 di Impact Arena, sebentar tadi.

Satwiksairaj-Chirag menjadi duri dalam daging buat wakil Malaysia dalam kejohanan bertaraf super 1000 itu selepas mengetepikan beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, dengan kemenangan straight set malam tadi.

Namun, Aaron-Wooi Yik tidak banyak memberi ruang buat pencabar mereka itu di sebalik awal pertarungan saling menghambat mata untuk meneruskan momentum kecemerlangan seperti ketika menyingkirkan Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam suku akhir.


TOYOTA Thailand Open Semifinals ? Court 1: Astro Supersport 4 ⏰ 12pm (MYT) All the best, @aaronchiatengfong @...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Friday, January 22, 2021